twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





Long time no see




Assalamualaikum dan hai semua. Setelah sekian lama tak update blog, kembalilah aku ke sini. Sebenarnya tak ada benda pun nak taip tapi rasa macam dah berhabuk blog ni dan salah satu sebabnya adalah semalam terbuka blog tapi dah tunggang terbalik. Nak taknak kena update jugak. Mata aku tak boleh tengok benda-benda bersepah ni lagi pula benda sendiri.

So aku dalam keadaan baik ya kawan-kawan sekalian. Masih maintain muda dan tak membesar manalah (hakikatnya berdiet kot tu elelele). Semenjak aku dah habis graduate ni, kerja masih belum lagi. Entah rasa macam menyesal tolak rezeki awal tahun haritu tapi aku percaya rezeki Allah itu luas. Jadi aku tak boleh merungutkan? Betul tak? Mohon kalau aku merungut lebih, marah aku kat sebelah. Iyalah, bila membe-membe kau dah start bekerja dan ada life sendiri. Siapa je yang tak malu? Sebab orang asyik tanya benda yang sama. Dia buat aku makin sensitif dan emo. Rasa macam nak jauhkan diri dari semua orang sebab terasa malu. Tapi sampai bilakan nak mengelak dari jumpa orang, nak taknak kau kena hadap gak. Aku bukan tak cari, aku cari cuma mungkin setiap kali aku minta tu dah penuh dan org tu hanya nak sedapkan hati aku kata ada kerja kosong. Hmm.

Dah ah malas nak borak soal ini. Dekat journal aku pun tulis benda sama. Adalah dalam 5 bulan tu tulis pasal ni. Menyoal kenapa dan kenapa. Last-last aku fed up malas nak update dah sebab benda sama setiap hari HAHAHHAAHA. gelak ah sikit woi. Fokus betul baca. Korang doakan aku dapat kerja secepat ini okay. Doakan semoga aku dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Nanti bolehlah aku update kat korang pasal life aku hehehe. Thanks.





Post a Comment