twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





05.12.2016 dalam kenangan


                                      CINTAHATI KESAYANGAN BELANG


Hai, entry for this time is so sad for me because my cat was died last week. Ceritanya berlaku pada hari Ahad malam isnin pada waktu tengah malam. Aku tidur awal juga malam itu, sebab penat sangat. Sebelum tidur aku dapat berita yang kucing aku sedang sakit. Aku ingatkan dia sakit yang biasa-biasa seperti dulu. Tapi sebelum aku tidur, hati aku rasa tak tenang. Aku positif kan diri. Aku cakap ' kau sabar kejap Belang. Sampai aku final je. Seminggu lagi. Tolonglah, aku nak tengok kau ' Entah kenapa waktu aku cakap camtu, cepat betul airmata menitis. Kiranya malam itu aku menangis sebelum tidur.

Keesokan harinya, aku pergi kelas awal. Entah kenapa pagi itu, tangan ringan sangat nak buka whatsapp. Nama ibu dengan Syiqin paling atas dan bila aku buka terus airmata macam air terjun waktu dalam kelas. Tak boleh tahan sangat. Kelas pagi itu, memang rasa kosong sangat. Aku tahan airmata selama beberapa jam, sampaikan membe kata ' tahan ngantuk, shaey'. Entah weyy, habis kelas aku terus pecut balik rumah. Aku call ibu, tanya kenapa semua. Sakit sangat dada bila dapat berita camtu. Mungkin Belang kucing kedua yang keluarga aku paling jaga dan sayang sangat selepas Kuning. Aku nafikan lagi. Setiap malam aku berfikir dan aku harap ia sebuah mimpi paling buruk. Aku sedih sangat sebab kalini aku paling lama tak balik rumah. Aku nak balik lepas final weyy. Final aku 2 minggu lagi. Tapi aku tahu, Allah sayang dia lebih, sebab itu Allah tarik dia awal. Mungkin sebab taknak dia terseksa lama dengan penyakit dia. Penyakit yang tiada siapa tahu kecuali Allah.

3 hari selepas dia pergi. Aku dah boleh tahan mata, sembab pada waktu pagi. Aku berani nak tanya kat Syiqin macamana dia boleh pergi. Aku dah agak minah tu confirm cengeng duh. HAHAHAHA. Banyak- banyak cerita dia, aku paling sedih bila dia type,

                  ' kak, aku ada mandikan dia tengahari itu. Waktu nak jemurkan dia dekat matahari. Nampak wei airmata dia keluar. Wahh wahh bila terkenangkan balik. I know why. I get it. It's time for him to say goodbye'

Automatic rasa macam tak boleh move on tu datang balik. Sedih dan pilu sangat. Aku sedih sangat sampaikan aku rasa kenapalah waktu aku dah lama tak balik, baru datang. Aku positif kan diri, mungkin ada hikmahnya yang sedang tertulis. Sebenarnya masa cuti semester lepas, aku dapat rasa macam kau bakal pergi sebab tanda-tanda kau banyak yang boleh nampak. Kau jadi penakut dan suka menyorok. Sampai sekarang punca kau jadi penakut sangat itu, tak siapa pun tahu. Kalau betullah, ada orang pukul kau, aku harap orang itu dapat balasan setimpal. Aku sedih bila tengok kau macam itu sebenarnya. Ibu ayah semua tak tahu kenapa kau boleh jadi macam itu. Lepas itu, kau manja dengan aku masa kau tinggal dengan aku. Kau asyik tidur kat tilam aku dengan wan sampaikan siap conquer lagi. Bila ingat balik, waktu itu memang tak dijangka bakal menyusul. Tak sangka apa yang aku fikir itu, memang betul-betul tanda buat kau. hmm.

Banyak benda yang aku nak buat dengan kau masa cuti semester kelima ini. Aku rancang nak buat kau berani balik, garang macam sebelum ini tapi semua tak sempat. Aku rindu nak buli kau, Belang. Rindu nak kacau kau tidur. Rindu nak peluk cium kau. Rindu nak main kaki tangan kau. Rindu nak mandikan kau. Rindu nak lap badan kau, Rindu nak bagi kau makan minum. Rindu nak gomol kau, Rindu nak main dengan kau. Rindu nak tidur dengan kau. Rindu nak cari gaduh dengan kau. Rindu segalanya tentang kau. Aku harap satu hari nanti, kita dapat jumpa disana Belang. Tarik aku dan keluarga masuk syurga bersama kau tau nanti. Kita jumpa kat sana.

Ini bukan rezeki aku nak jumpa dan ada dekat sisi kau saat akhir. Dari dulu aku berharap, kalau kau pergi aku nak berada kat sisi kau. Biarlah selama sehari aku tak tidur asalkan aku dapat tengok kau saat akhir. Kalau aku jahat, aku dahlama gali kubur kau balik dan cium kau walaupun dah pergi. Aku taktahu kenapa aku rasa sangat dengan pemergiaan kau. Aku rasa sebab kau dekat sangat dengan aku dan keluarga, itu yang membuatkan aku rasa sangat sedih. Rasa macam kau pergi ni seperti manusia. Bila buka phone, buat aku teringat dekat kau terutamanya bila ada gambar terakhir yang paling terakhir aku jumpa kau. Aku redha bila kau dah pergi sekarang. Aku taknak tengok kau tahan sakit lagi, Belang. Aku sedih sebenarnya setiap kali kau kena pergi klinik. Masa kali pertama aku suapkan kau ubat antibiotik. Aku tak sampai hati tengok kau makan ubat. Berat bagi aku dan itu sebab kenapa aku suruh Ayiee yang suapkan.

Bila keluarga aku cerita pasal kau, aku nampak mata mereka sedang tahan airmata sambil bercerita. Aku tahu dorang sedang bersedih. Aku tahu disebalik gembiranya mereka, sebenarnya sedang berduka. Takpe Belang, kalau kau tahu apa isi hati kami semua, aku harap kau pelindung kami kat akhirat nanti. Kami Redha dengan dugaan yang sedang menimpa ini.

Kau tahu Belang, ramai yang terasa betul dengan pemergiaan kau. Ramai sangat yang sayang kau. Sekarang, ramai yang belajar move on perlahan-perlahan atas pemergiaan kau. Maafkan aku dan keluarga jika ada buat salah dekat kau sama ada sengaja mahupun tidak, Tolong tarik kami bersama dengan kau satu hari nanti kat sana, Belang. Aku nak main dengan kau buat kali kedua dan sampai bila-bila. Kami semua sayang kau.
















        DALAM KENANGAN : BELANG :)









Post a Comment