twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





Surat kiriman dari seorang Khalifah



Sekolah sudah bermula selama dua hari dan untuk pertama kalinya aku tidak pergi ke sekolah walaupun masing-masing cakap aku ini suka mengikut undang-undang . 
Ceyhh ! memandai betullah form aku ni .
Rindu pula nak dengar diorang cakap macam itu . Bukan taknak pergi sekolah tapi sudah tamat menjadi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah 2014.
Alhamdulillah sekarang adalah masa untuk menunggu keputusan SPM yg bakal dikeluarkan pada 03.03.2014 tahun depan . *eahh , typo tahun ini . hehe  Konfious .
Dalam pukul 10 lebih tadi aku bukak twitter , scroll semua Timeline tweet .
Tetiba terkeluar satu tweet dari kawan aku yang betul-betul membuat aku terasa deep, means makan dalam betul dengan ayat itu . Makan dalam sampaikan airmata keluar tanpa dipaksa . 
Allah sahaja yang tahu apa hati aku rasa dan bukan orang lain 
ya , Allah sahaja yang ketahui .


   

Semenjak dari aku tadika , sekolah menengah belum pernah aku rasa ada cikgu yang hantar text macam ini . Masa baca awal ayat dekat atas, tak adalah sampai rasa nak menitis air mata tapi bila dah baca sampai perkataan :

 'mana kamu semua pergi ? '
' sampai hati kamu buat saya begini ... tak apalah '

Memang keluarlah air mata jernih yang dah lama bergenang dalam kolam .
 Aku hargai sangat mempunyai ustaz yang bernama Abdul Shukor Mustafa . 
Cikgu , Kauseling dan ayah yang telah mendidik aku dan kawan-kawan dari tingkatan satu sampai tingkatan 5 . Bermula dari muka yang tak tak kenal erti kehidupan sehingga kenal erti dosa dan pahala . Ustaz telah banyak berjasa dan telah banyak pertolongan pada tahun lepas . Bermula dari kami rebah dan bangun , jatuh dan berdiri , ustaz sentiasa memberi nasihat dan tidak pernah meninggalkan kami tergapai-gapai dan nyawa-nyawa ikan dalam air . Selepas ini , pasti takkan ada ustaz yang dapat mempunyai persamaan watak dengan ustaz . Kalau ada pun , tak semuanya sama dan mustahil akan sama segalanya . Kalau ada keizinan dari Allah , insyaallah kita dapat berjumpa lagi . Ustaz antara orang yang mulia yang telah diberikan oleh Allah kepada kami .
Terima kasih untuk segalanya .
Terima kasih ustaz .
Kami hargai.
Hargai.

Bila baca text itu , teringat pulak dekat classmate 4 Ibnu Khaldun yang perangai menggila dalam kelas setiap masa , saat dan hari . Yang sentiasa riuh walaupun sudah nak dekat SPM . 
Yang merancang buat 'tak ada mood ' dalam kelas masa Hari Lahir Ustaz .Yang merancang untuk diam ketika dalam kelas ustaz ,bila kelas kita asyik kena marah cikgu pasal masalah . Yang bernekad taknak main-main dalam kelas lagi dan segala 'yang yang' sedunia . 
Kata ustaz :
 ' ingatkan dah tingkatan 5, perangai dah berubah . Masih kanak-kanak lagi perangai kamu ni . haha '
Sentiasa aku ingat ayat tu , sampaikan dah habis sekolah pun cakap benda yang sama . Walaupun kitorang banyak kekurangan , nakal macam Sin Chan , ustaz mesti ada untuk menyempurnakan sedikit pelangi kehidupan kami seperti permainan Supa Strikas dalam Liga . Tidak kesahlah corak itu buruk mahupun tidak , ia tetap corak . Corak yang dapat membantu kitorang untuk masa akan datang.
Biarlah orang kata , diorang pun ada cikgu yang terbaik jugak . Tapi pada aku ,setiap orang ada berlainan prinsip dan berlainan perangai . Mungkin sesetengah orang the best of teacher is sama perangai dengan mereka . Tidak kisahlah tetapi jangan sesekali abaikan kasih sayang cikgu yang telah diberikan bermula dari sekolah tadika sehingga akan datang . 








Post a Comment