twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





Just moment


26.11.2014 *Trowback 
Hari Rabu haritu , aku hang out dengan kawan-kawan . First time jugaklah ramai . Tak ramai macamana pun , tapi terasa ramainya . Eah ? ayat tunggang langgang . 
Aku tepon Najwa dalam pukul 8.40 . Niat ingatkan nak naik KTM ke Seremban dari Rembau . Mak aku kata sesak hampir nak satu jam. Yelah ,Seremban kan dah maju . Banyak infrastruktur dibina.
Taklama lagi Rembau jugaklah . Mana tahu kan ?
Lepastuh , aku sampai KTM dalam pukul 9.05 pagi .yelah rumah dekat takkan nak datang awal pulak . hahaha . Aku ingatkan aku dengan Najwa jea yang naik KTM  rupanya Peyjad dengan Laila sekali .
Mak aku pergi kaunter tanya pukul berapa .Rupanya pagi-pagi KTM dah pergi . Aduhai naik bas lah nampaknya . Sebaik time kitorang dekat station bas, betul-betul ada bas datang . Alhamdulillah sebaik tak sesak . Lepas tu , dah banyak perhentian , tin sardinlah jadinya. 
Sampai dekat Seremban , Layla telefon Atyn . Ingatkan dah gerak rupanya :

                                            

Layla : Atyn , dekat mana ?
Atyn : aku belum gerak lagi . Baru bangun tidur . Lambat bangun .
Layla : Ingatkan dah gerak .Ni bila sampai ?
Atyn : entahlah . Dalam pukul 12 lebih kut . haha 


Kitorang yang dengar ni pun tercengang . Misalnya rumah dekat area-area Seremban bolehlah tahan , ini tak rumah dekat Beranang weyh ! haha . Terharu jugaklah dari jauh merantau ke Negeri Sembilan semata-mata nak jumpa kitorang . Sampai sana tak ada perancangan pun , apalagi jom lepak KFC kejap . Kalau masing-masing dah lapar ,makanlah kan ? takkan nak beli baju pulak . haha 
Lepak dalam beberapa minit , datang pulak 2 orang kawan aku siapa lagi kalau bukan Teyha dengan Asza . Hamboi, masing-masing kalau datang lagi haruklah meja . Sampaikan ada pasangan yang depan kitorang pandang . Eah ? Takpe-ii orang kenal sekali jea . Haha .


Dah kenyang masing-masing alas perut , belilah tiket wayang . First nak tengok movie The Big Hero . Kata sepakat masing-masing semangat nak tengok . Aku lagilah semangat nak tengok . Cerita kartun wehh ! Nak tunggu yang hampir setengah jam ,kitorang masuk dalam games .
Layla ajak aku main games kereta . Wahh ! best gila . Mungkin sebab ada baru itu yang menyeronokkan siket . Kalau dulu pergi tak selere tekak aku . Sikit sangat dan mahal . 


Kitorang singgah kedai buku . Itu memang tempat wajib aku kalau nak habiskan masa . Dekat situ , first aku akan tengok novel lepas tu , aku akan ke area-area belakang . Yang benda seperti seni-seni , buku catatan , alat tulis dan sbg . Aku lebih suka pergi kat situ . Rambang mata aku tengok . Ada sekali aku nampak frame Paris. Bapak lawa keturunan wehh ! nak beli. Nak beli tapi fikir dua tiga kali . Lastly , tak pun . Tapi aku nekad , aku akan datang sekali lagi semata-mata nak beli benda alah tuh . 


Masa untuk pergi wayang , Jom :) Start pukul 12.45 petang . Kitorang dah duduk situ sambil makan popcorn . Masing masing sibuk buat hal sementara menunggu . Aku dengan Atyn layan perasaan sensorang sambil makan . Tengok jam dah pukul 1.30 . Apekehal tak start-start ? Sakit pulak hati . Bila aku pusing belakang , ramai orang dah pergi . Aku cakap dengan budak-budak ni , semua tanya kenapa ?
Choyy , jangan tanya akulah . Aku pun tak tahu . haha 
Ada pulak abang ni suruh keluar dan  dye kata ' keluar dan hambik duit dekat kaunter '
Lepas tuh , Teyha pergilah tanya abang yang jaga pintu masuk . Kenapa kan ?
Rupanya abang tu kata ,projekter tak boleh bukak . Lahai , semua hambar . haha .


Jangan cakap kitorang dah fed up lepas tuh balik . No ! Kitorang pergi ke MBO untuk tengok wayang . Haha . Semata-mata . Sampai sana , movie yang pertama tadi BATAL ! . Kitorang nak tengok cerita seram Thailand tapi tiket dah habis . Lepas tu masing -masing tukar cerita Jassebelle . Haha . Layanlah cerita seram tuh ! haha . Masuk dalam panggung . Sebelah kiri Najwa , sebelah kanan Layla , hujung Peyjad . Part seram jea , yang kanan kiri aku mengensot dekat aku . Alahai , comel jea memasing . Layla kata sampai penat tutup muka . haha . 


Masa untuk kitorang pulang . Time pulang memang sakit hati . Tapi tak jugaklah sebab dalam bas tak sesak mana . First yang kitorang masuk memang sesak macam tin separuh sardin . Fahamkan ? Tapi bila ramai dah turun , ada juga space kosong untuk aku duduk . Tak sesak seperti sebelum ni yang aku keluar . Sampaikan dekat Pedas pun tak dapat duduk . Bayangkan . Nak jea aku bawak kereta . Paling tak pun sesak dan relaks dalam kereta . Fuyoo. Ajetajet jea lebih . haha . 

Sampai station dah pukul 7.15 . Lepas tuh , last lah aku jumpa dorang . Teyha dengan Atyn dah balik awal-awal . Yang aku tak boleh sangka , Esha datang Seremban semata-mata nak ambik buku duit kutu dekat Asza . Daebak lah Sha ! Kau betul betul pegang amanah , Aku bersyukur ada kawan macam kau .  Lepas neh ! ada tak lagi aku jumpa kawan macam kau ? Lepas tu pulanglah aku ,Najwa , Layla, Peyjad dan Asza ke rumah masing-masing . Serious aku bersyukur gila keluar dengan korang . Haha . Even tak ramai pun , aku rasa macam bahagia sangat . Bahagia yang tak siapa dapat ungkapkan . Lepas neh , aku harap kita dapat lepak lagi . Lagi ramai dengan bebudak nea eah ! haha . Ramai-ramai conquer tempat . Komfom bising lah . Kalah pasar malam . Habis cerita untuk hari itu .
Terima kasih sebab telah cipta kenangan untuk aku hari itu . Aku takkan pernah lupa :) 
 



Mak aku jemput aku . Ingatkan nak balik rumah . Dia berhentikan aku dekat Masjid sebab nak pergi Zemart lepas tuh . Haha . Nak beli barang dapur katanya . Bila aku ambik barang tetiba teringin nak makan PAMA . Itulah makanan yang aku kenal bila aku tingkatan 5 . Dorang buat aku belajar makan itu . Rindunya dengan korang .Bilalah lagi kita dapat jumpa eah ? Entah-entah 10 tahun akan datang kan ? Macamana pun , masa yang dah lepas tak boleh berbalik kan ? Tak macam fizik , ia adalah sebuah  kimia . Dah lepas , is GO ! . Just tinggal kenangan :) 






Post a Comment