twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





Just one !




Semalam hari yang sangat memenatkan sebab pergi mendaki Gunung Datuk . 
First , aku taktahu pun planning dorang dekat whatsupp cause aku tak ada benda alah tuh .
Hari Jumaat masatu Layla text aku ajak pergi sana . Ingatkan gurau jenaka . Yelahh , selama ini kalau nak kemana , lepak ke bla bla bla tak pernah pulak masa cuti am . Esoknya banyak pulak missed call masuk . So , macam dapat agaklah yang ianya betul .
 Tanya ibu dengan ayah alhamdulillah bagi . 
Dengar cita ramai nak pergi tapi masing-masing ada hal . Sedihlah . Tapi yang sikit ni pun seronok macam ramai . Hari Ahad aku sampai awal , punya tunggu Neyjie ,Layla,Kepet,Zati dan Teha macam tunggu kereta lembu dari Kuala Klang nak ke sini . Haha . Sampaikan ada orang minta aku ambik gambar keluarga dorang , barulah sampai . Lepastu , masing-masing apalah lagi kalau bukan nak bahan aku . Sabar jelah .
Lepas tu , start lahh murai.com beroperasi . Apalagi , semua keluar cerita masa cuti tapi yang seronoknya kitorang dapat  celebrated Nana dengan Hanan a.k.a Omma dalam phone walaupun diorang dekat PLKN . Semua lepaskan rindu memasing . Yelah dah lama tak jumpa .
Cerita sana , cerita sini .Selang beberapa minit , Wira , Abie dengan Amin datang .
 Terkejut jugaklah sebab selama ini mana pernah budak lelaki ikut keluar . Lagi-lagi nak mendaki gunung . Kitorang mendaki dalam pukul 10.30 selepas selesai pendaftaran dan pertanyaan dekat kaunter . Segala ini diselesaikan oleh abang Afiq dengan abang Hatta . 
Masa mula-mula nak mendaki itu , punya semangat gila . Bak kata abang Afiq ' kata sado ' . Heish ! lagilah membakar jiwa . Tapi sekejap jea , sampai suku gunung belum setengah lagi , aku dah muntah. Gara-gara makan pagi yang tak dicernakan lagi , memang pucat lah . Kepet dengan Zati pun sama tapi dorang tak muntahpun . Yang lain ? jangan cakaplah , jauh ke hadapan . Rasanya diorang bersenam agaknya masa cuti panjang tulah tak nampak penat langsung . *agaknya . 
Tapi kesian Kepet muka dia pucat gila , nak muntah tak keluar-keluar .Sebaiklah bila nak dekat sampai itu muka dia dah nampak macam manusia sikit .
Aku minta tolong Abie pegangkan beg aku . yelah beg aku macam batu , macam-macam dalam tu . Aku ingatkan dia taknak bawa . Sempat pulak dia memerli
 ' aku bawa beg kau ni , macam bawak sebelah kaki aku beratnya' . Dia korbankan wehh ! haha . 
Aku dengan Kepet tak sampai hati nak tengok abang-abang  ini tunggu lepastu  kitorang suruhlah abang-abang ini pergi dulu .  Yelahh , tiap kali berhenti, abang ini pun berhenti .
 karang boleh 2 jam berhenti menunggu . Setiap kali berhenti jugaklah , abang Afiq  beri kata semangat dan ambik gambar penat separuh manusia memasing . Heishh ! malu betul . 
 Sebaiklah jalan nak mendaki itu senang nak cari . Aku nampak Kepet pucat tak sampai hati nak tinggalkan dia . Lagi pula , kaki aku pula dah penat . Alang-alang itu , lepak berdua dengan dia bolehlah bergossip kejap . Aku pulak sempat mengunyah roti dan dia  sempatlah landing . Haha .
 Setiap kali 5 minit pula mesti aku minta tolong Nana call aku .
 Nak tepon diorang kat atas tak ada line pulak .  Sekurangnya hilang jugak rasa penat .
Sampaikan Layla sempat text aku , bagi kata semangat atas gunung . haha . 
' Shira , cepatlah '
Aku dengan Eyqa ambik masa selama 4 jam nak naik atas . Kitorang asyik jumpa lelaki sama 2 kali naik atas . Kali kedua dia turun pun , kitorang tak naik-naik lagi . Aku dengan Kepet apalagi , masing-masing tercengang .Bila tiap kali jumpa orang kitorang asyik tanya lama lagi tak nak sampai atas . Jawapan yang bagi dorangan betullah makcik pakcik untie and uncle ini . 
'adalah dalam 1 jam lebih '
' sekejap lagi sampailah '
'kalau asyik berhenti dalam setengah jam sampai '
' satu jam lagi '
Aku dengan Kepet memang rasa nak giveup betul tapi bila teringatkan Spm taktahu kenapa membakar gila . Rasa nak teruskan sampai habis . Last-last nampak Abie dekat atas . Bangga siketlah dah sampai atas , tapi atas yang suku . Naik lagi dan lagi . Dia senanglah nak naik , rehat lama sangat. Lupa pulak nak cerita , waktu banyak kali berhenti itu , aku dengan Eyqa sempat jumpa Amin dah nak turun pulakk . Dia kata jarak antara aku dengan dorang jauh . Haha . 
Tak bolehlah nak cakap apa. 
Dah sampai ke puncak , masing-masing tak sangka aku dengan Kepet sampai .
 Dorang ingatkan kitorang dah giveup .  yelah lama sangat sampai kat atas . Sampaikan diorang dah buat video untuk Atyn . Alahai , sayang betul lambat sampai . Aigoo ~ 
Dah jumpa atas puncak apalah lagi , masing-masing buat moment. Alahai , rindunya :)
Kata Neyjie :
 ' kau nampak tak , dekat bawah kita susah gila nak naik bila dekat atas kita nampak semuanya'
Dan disitulah kitorang nampak landskap dan permandangan dari puncak . Lawa gilagila ya Ampun,
 Syukur nikmat aku dengan Kepet sampai dekat atas . Alhamdulillah .
 Dan penyeksaan yang sama bila nak turun .
Cukuplah cerita sampai di sini . Terima kasih untuk semalam . 
 Dan sebulat suara aku dengan Kepet .
' Lepas ni nak ajak keluar makan angin boleh tapi kalau nak ajak mendaki , jangan ajak kitorang . Cukuplah sekali . Kalau nak pun tunggu 5 tahun dan setersnya yang akan datang '





Post a Comment