twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





GD 2



Hai guys. Hari ini tahun kedua mendaki Gunung Datuk. Ramai sangat hari ini sebab aku dan kawan sepasukan mengikuti program RELA. Serious, ramai gila dekat sana. Budak sekolah, pelajar dan banyak lagi kumpulan lain. Kalini punya pendakian aku tak capai matlamat sampai ke atas sebab perut tetiba meragam namateyy you know ! Group aku dah tunggu aku, tapi nak taknak kenalah aku suruh dorang gerak dulu sebab aku pun tak pasti sampai bila daya tahan aku boleh berterusan. Penat sangat wey, mungkin sebab dahlama sangat duduk terperap kat rumah. Hurmm. Tak ada rezeki nampaknya. Ayomakk !

Aku bagitahu makcik ini yang aku nak turun balik sebab aku tahu takkan dapat kejar mereka kat atas. Layy terus call aku. HAHAHA. Kepet punya beriya panggil aku dari atas tapi aku tak boleh nak jawab sebab sakit sangat perut masatu. Dorang siap cakap muka aku dah macam orang histeria, khayal, dan termenung bagai. Amboii, kurang asam dua ekor ni. Aku dah tak pikir ramai pandang aku dekat sebelah batu itu duduk sensorang. Sampaikan ada yang ajak aku follow dorang sekali, Aku tetap kata, takpe lah korang gerak dulu *dalam hati berteriak, Allahu, kalau perut ni tak buat hal mesti aku boleh follow sekali* Dapat kenal kawan baru kod siap panggil aku akak lagi. Dorang umur tua dari aku dan bersyukur sebab tak tanya umur berapa. Terima kasih Huh !

Lepas perut aku dah baik, aku tetap struggle lagi nak naik atas. Jumpa pula kumpulan lain yang nak turun ke bawah. Beriya bagi kata semangat. Macam permulaan aku daki dululah. Yang dorang ini lagi kelakar, aku mengharapkan tak terserempak kat pintu keluar. Aji ! masing-masing membahan aku. Tak guna betul ! Fuhhh sabar jelah heyy ! Lepastu, masa aku duduk lepak sensorang, dorang datang. Aduh, dahlah aku sorang kat situ. Nak cabut lari tak ada tempat nak duduk pulak panas-panas terik ceni. Akhir sekali aku fikir, lantak kaulah. Asalkan tak cari pasal dengan aku sudah -,- Paling tak pun hilang juga rasa bosan aku duduk layan perasaan sorang tadi. Dan tak lama selepas tu dorang pergi.

Aku duduk bawah pun ada jugak untung sebenarnya. Dapat dengar cerita makcik pakcik ini walaupun ada lost. HAHAHA kau kena faham orang tua. Seronok dengar cerita pasal dorang. * kelip mata. Dah selesai mereka semua turun aku, Kepet, Layy, Teyha dan Ecah lepak kfc. Halah, nak pergi jauh petang camni, payah doh. Tak ada hala tuju karang. Yang paling enjoy dengan dorang tadi masa main games werewolf. Serious buat kfc tu macam kedai mamak. Orang yang duduk lepak situ semua pandang kitorang sebab bising. Maaf yea ! Kena faham tempat makan kalau sunyi pun tak best. Nak ceriakan suasana kateko ! Seronok lepak dengan mereka walaupun dorang asyik kata aku banyak senyap. Bukan sebab apa, aku sakit kepala sebenarnya kayh! tak ada gaduh merajuk apalah. Chill !

Bila fikir balik, kadangkala aku tak ada rasa menyesal sebab give up awal. Kau kena tahu daya tahan badan kita dengan orang lain tak sama. Aku fikir kalau masih dipanjangkan umur lagi aku boleh berusaha lagi untuk capai matlamat aku kat atas buat kali kedua. Wish me luck geng! well, kau bayangkan kau dah tak boleh naik atas lagi tapi kau tetap push diri nak naik. Tak fikir ke kalau kau push nanti badan kau sendiri sakit dan kau akan memekak, bising sebab sakit bagai. Halah, jangan acah kuat kayh! Macam itulah cara kita belajar, jangan terlalu push diri untuk belajar tanpa henti dan akhirnya sendiri tertekan, tak hadam apa yang belajar. Tak ke rasa kesian dekat badan dan otak yang asyik bekerja tak tentu masa. Selepas itu bila dapat result tak baik, bising lagi. Sebab apa? kita penat. Penat paksa diri. Masatu baru rasa give up, malas belajar dan ada lagi parah buat benda yang tak masuk dek akal. Di situ kita tahu bahawa, sebenarnya usaha yang penting. Usaha dengan cara betul dan sistematik. Allah tahu usaha kita dan insyaallah matlamat itu akan tercapai. Biarlah rezeki itu lambat sampai asalkan usaha itu ada. Kata-kata motivasi hari ini. Terima kasih geng ! Baii.











Post a Comment