twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





KAU MALU KAU PERGI BLAAHHH!


Namaku Shaey . Sifatku bukan seperti yang korang sangkakan . 
Kadangkala aku jahat seperti syaitan, kadangkala aku baik sebaik-baik insan . 
Nak kenal boleh tapi perkenalan yg tiada perasaan .
 Aku anak merdeka . Anak Malaysia .
 Hidup sederhana pernah merasa inikan pula hidup susah menderita .
Deritaku bukan sesusah rakan ku yang di luar sana . Aku orang yg senang dipijak oleh rakyat lain dan bukannya rakyat jelata tapi sekali kau pijak , kau kena ingat !
 AKU , KAU BELUM KENAL LAGI . 
Perasaan sayang mudah timbul dalam lubuk hati , tapi sekali aku benci . 
Aku takkan tegur kau sampai mati ,.
Perkataan maaf mudah untuk aku maafkan, tapi kau jangan perasan bagus yang aku sudah lupakan .
  segala kau punya perlakuan . 
Aku paling benci sifat ini , kau mengenali aku di saat susah dan senang 
sehingga dianggap kau sahabat dunia dan akhirat tetapi rupanya 
KAU MUSUH DALAM SELIMUT 
Yang berani mengambil kesempatan walaupun sesaat .
Satu sembilan sembilan tujuh tahun kelahiranku , 
Kalendar cina , binatang lembu bentukku ,
Lembu bukan sebarang lembu , 
Lembu hitam adalah keganasan hidup ku , 
Horoskop ku ARIES , tapi aku nak pesan , 
Jangan percaya sifatku datang dari itu,
Sebab sehingga ini aku tidak percaya pada zodiak hidupku .
Bukan senang kalau hendak mengenali aku , 
Tapi sekali kau kenal, kau boleh kutuk aku seribu batu , 
Tidak hairan aku , kau nak berkata apa tentangku , 
Tapi satu aku pesan , 
JANGAN HIDUP DALAM BAYANGAN 
Rupa ku bukan seperti diva yang anggun lagi berseri , 
Aku gelak besar kalah sang penulis puisi , 
Kau nak berkawan denganku , kau datanglah sendiri ,
Jika malu hidup bersamaku ,
Di jemput angkat kaki , berlalu pergi mati .
Hidup ku tak seheboh makcik kenduri ,
Yang menjaja cerita di sana sini ke hulu hilir ,
Aku gadis berkaca mata ,
Yang nampak diam tapi dalamnya mengamuk macam singa hutan .
Bijak bestari seperti Adi Putra tiada dalam sifatku , 
Tapi aku cuba menjadi dirinya ,
Mempunya kelebihan dalam sesuatu perkara ,
Dan aku cuba teruskan sehingga aku yakin aku bisa .
Laut tak sentiasa biru,
Sungai tak pernah jernih,
Emosi sentiasa berubah ,
Antara sebabnya ialah KAU ! 
Mulutku kasar macam jantan ,
Pedas macam jamban ,
Sekali kau cabar kemarahan ku ,
Kau siap sedia macam anjing hutan 
bukan seperti siput yang menyorok ketakutan .
Aku senyum sentiasa tak bermakna aku suka ,
Kadangkala aku murka , 
Untuk sedapkan hati kawan ,
Aku terpaksa menipu perasaan dan biarkan sakit hati itu berlarutan ,
sehingga aku yakin ia boleh hilang sendirian ,
secara perlahan-lahan .
Aku benci penipu , 
Aku benci dusta ,
Sekali kau buat, aku sanggup mendiamkan diri satu abad ini ,
Kecuali kau letakkan ego pada tahap yang rendah ,
Berani memohon maaf atas kesilapan bodoh telah dilakukan .
 
Kisah percintaan berlainan insan ,
Berlainan jantina , 
Aku mudah sayang , tapi aku takkan beri harapan ,
sebab aku tahu jodoh Allah sedang tentukan .
Kau kenal aku , kau akan lihat kelemahan ku ,
Kau senang nak ambil kesempatan ke atasku ,
Kau senang nak bahan aku ,
Kau senang nak jaja cerita aku ,
Kau senang nak bongkar kisahku , 
Tapi berani ke kau buat begitu kalau kau taktahu apa yang akan terjadi
 pada masa depan ?
Sama ada gelap ataupun cerah .
Jika cerah , aku benarkan kau jual segala kisahku sekarang tetapi 
sekiranya gelap , kau kena faham kau dengan aku lebih kurang .
Ini kisahku , ayat aku , dunia aku . 
Kepada kawan pakwe kesayangan semua , 
kalau tak suka cepatlah undur diri , 
Sebelum kau menderita hidup bagai sang penipu misteri ,
Yang sanggup sakitkan hati ,
Yang sanggup terluka tentang kisahku ,
Aku bukan orang yang suka mengambil perhatian ,
Yang menangis berlinangan disebabkan seorang perempuan ,
dan akhirnya turut serta menderita .
Kalau kau sanggup , kaulah manusia yang paling aku beruntung aku mengenali 
sebab apa ?
Sebab perangai matang kau yang tak memilih manusia dalam sejuta untuk berkawan ,
Terima kasih SANG PENIPU MISTERI 




Post a Comment