twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





RAYA CINA aku bercuti !




Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke rumah Fatin Nadiah bt Zainodin . Betapa kelakar sepanjang perjalanan ke rumah dia . Allah dan perasaan sahaja yang tahu betapa kitorang gembira berjumpa . 
Pertama kali aku dengan Layla sampai di Ktm Seremban , ya Tuhan sesak yang amat amat dan amat . Sebaiklah waktu itu kitorang memang nak tunggu Atyn . Sementara nak tunggu tu , lepak makan kedai KFC . Memang tak sangka boleh jumpa Akak Baeyah . Layla main acah-acah dengan Kak Baeyah . Haha . Kak Baeyah boleh pulak tak kenal aku . Lepas itu , kitorang duduk, makan dan sembang sesama . Dalam setengah jam lepas itu , Atyn sampai . 
Selepas selesai itu sementara nak tunggu petang , kitorang pergilah main Bowling . Ini lagi satu kes , tengah syok-syok naik esculator , tetiba Aishah main bachak pulak . Haha lagilah seronok . TAk sangka boleh jumpa dia . Memang seronok gila petang tu . Aishah haritu pergi kerja awal , entah kenapa pulak tetiba . Mungkin ada aura nak tarik dia jumpa kitorang kot HAHA . 
Ini paling kelakar nak cerita nea , masa kitorang nak balik haritu , kitorang terpaksa ambik trip bas nombor 2  cause nombor satu itu , semua lelaki . Tak ada perempuan . Hati aku mulalah tak sedap . AKu cakaplah dengan dorang . Sebaiklah memasing faham . Bila naik trip kedua memang funny . Bayangkan Layla boleh pulak gaduh dengan Bangla 


'Tepilah jangan pegang-pegang tangan'
'Yelahh , naik naik '
'erghh ! '
dan bla bla  bla * tak ingat 


Atyn dengan aku apalah lagi , memang terbahak-bahak ketawa . Mengalir terus airmata jernih aku neha . Memang tak boleh tahan . Kalau setiap kali cerita pasal benda ini , memang tak boleh lupa . Sampaikan nak turun dari bas pun boleh gaduh . Bayangkan . Betapa garangnya akak kita nehaa :) 
Malam itu memang penat gila . Semua tidur awal . Bangun besoknya ingatkan nak daki bukit Broga , semua cancel . Malas dan penat , HAHA . Aku pagi-pagi lagi dah layan cerita hantu #phone .
Ajak Layla memang dia layan , bila dah dekat akhir itu , dah terlelap pulakk . huishh , geram jea . Atyn ? hmm dahlama tidur HAHA .

 Petang itu pulak , kitorang pergi Dataran Putra . Kak Dadai bawakk . Dekat sana jangan harap kau nak jaga imej . Maksudnya ? kitorang main games . Atyn naik scooter , Layla dengan Kak Dadai naik roller blade . Kasut roda tayar empat tulahh . Memang gelak tak henti-henti . Mula-mula main masatu, masing- masing asyik jatuh . Bapak sakit gilaa . Orang pandang dah tak heran dahh . Terlentang hampir nak retak tulang pun boleh jadi kelakar  Memang tak ingat orang pandang dah. Ingat diri sendiri je layan benda alah tu . Aku pulak ? mustahil weyy tak jatuh . Memang digelakkan orang . HAHA . Atyn ? Tanya dia sendiri macamana payahnya dia bangun . HAHA . Serious rindu gila saat tu . Hmm :D 

Besoknya masa nak balik , benda paling tak sangka boleh jumpa BABA aku . Fakhrul Bakilahh :) . memang tak sangka boleh lepak dengan dia hampir satu jam setengahlah jugak . Muka dia macam baru bangun tidur . Lepas tu start lah trowback asrama dan bla bla bla . Asyik tergelak sampai senak perut dibuatnya . Siapa kata kitorang tak haus . Tengah panas-panas merayau . Jauh pulak itu .
Layla bodek Fakhrul apa entah sampaikan boleh dapat ang pau . *duit dalam itu . bukan memain tau . Tapi sayang betullah salah time pulak datang rumah dia , kalau tak boleh merasa ayam golek dia . 
Betapa kejapnya masa berlalu . Bila tibanya aku dengan Layla pulang , kitorang ambik KTM dari Batang Benar sampai SG Gadut . Ni lagi funny , saat akhir lambat masuk KTM aku boleh pulak tersepit dekat pintu . Kes lambat masuk . Gedegangg ! semua pandang . Haha . Aku dengan Layla apalagi , memang tergelak lahh . Orang cina itu merepek apa entah . Tahan muka weyy , siapa jea tahu hati ini . Sakit jugaklah kena gedegangg dengan pintu KTM . Senget punya Shaey , lembab sangat masuk  apekesal . 

Dan insyaallah akan datang nanti ,aku dengan Layla datang lagi . Rindu nak lepak sesama , dan buat perkara yang tak habis lagi . Kita akan sambung akan datang eahh ! Tetapi memang tak sangka dalam 3 hari aku dengan Layla boleh jumpa dengan Kak Baeyah , Kak Yaya , Aishah Laddin , FAkhrul Baki dan Fatin Nadiah . Terima Kasih Ya ALLAH :)


BERANANG , DACHENG MU Tunggu KAMI DATANGG !





Post a Comment