twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





Terasa kosong kehilangan SESUATU




Kadangkala aku tidak mahu diberi pertemuan kerana apabila perpisahan ia amat menyakitkan . 
Kadangkala aku tidak mahu diberikan kenangan kerana pengakhirannya amat ditangiskan .
Kadangkala aku tidak mahu diberi persahabatan kerana mungkin akan banyak perubahan .
Kadangkala,kadangkala,kadangkala dan TIDAK MAHU .
Hari itu , 3 march 2015 . Reunion yang membawa khabar berita kepada aku dan pelajar SPM di seluruh sekolah di Malaysia . Keputusan result SPM 2014 . Tapi tak sangkakan masa bergerak selaju Roller coaster . Dulu perkataan ini semua kata :

'5 kali Jumaat lagi nak SPM '
'2 hari lagi nak habis sekolah '

Sampai sekarang aku masih ingat setiap kata itu kerana benda itu selalu korang cakap dekat dalam dorm E2,E1, asrama dan termasuk sekolah . Rindu setiap hari itu terutamanya hari terakhir di asrama.
Allah sahaja yang tahu perasaan aku waktu sekarang ini . Aku merindui setiap detik yang pernah terjadi sebelum pukul 2.30 petang aku di asrama. 

Cerita pasal 3 mac 15 ? Perjumpaan terakhir di sekolah beramai-ramai . Hari itu , tak sempat nak jumpa semua.Sesetengah orang balik awal,jumpa cikgu dan jumpa orang.Aku mengharapkan kita dapat lepak beramai-ramai sepertimana kita pernah lepak dulu di asrama , kelas dan sekolah. Bercerita , bergosip , berdakwah dan segalanya . Aku nak melihat ketawa , tangisan , bahan orang , perli untuk kali yang terakhir.Tapi memang tak ada rezki nak jumpa semua kan ?
 Hari itu aku memang tak fikir pasal keputusan aku tetapi aku hanya fikir aku dapat jumpa korang untuk kali terakhir sebab aku takut akan datang takkan sama dengan hari itu .Sebab aku takut aku tak dapat jumpa lagi . Aku takut kita akan kehilangan seseorang .
Ingat tak bulan terakhir kita semua dekat asrama ? Lagu yang selalu kita dengar . Korang tahu , kalau aku dengar mesti aku akan teringat korang .Kalau korang kata aku tipu , aku tahu korang pun sama . 
Kenangan kan ?

3 Mac ritu , aku balik lambat . Aku tengok korang dah tak ada dekat sekolah . Aku ingatkan korang dekat kantin tapi bila aku dekat parking kereta . Kau tahu aku hampir nak pengsan , bila tengok dekat situ hanya ada kereta aku dengan Nibong . Aku fikir balik , mana yang lain . Mana korang ?
Korang pergi mana beramai-ramai ? Korang dekat mana masa aku dekat sekolah ?
Sampai hati tak bagitahu aku ? Sampai hati tak ajak aku . Walaupun hati aku kuat mengatakan korang dah balik , aku nafikan semua. Sebab apa yang aku harapkan pada hari itu semua tak jadi . 
Tapi mungkin aku punya perasaan sahaja kut yang mengharapkan hari itu untuk kita berjumpa beramai-ramai buat kali terakhir . Tak sangka apa yang aku cakap pada tahun lepas,betul-betul telah berlalu . 
Sedih bila ingat setiap saat dan hari itu , lepas dan yang pernah berlalu. Allah tak ciptakan magik pada hari itu kepada kita untuk dijadikan kenangan . Tapi aku yakin pada Allah , kalau ada rezki untuk kita berjumpa lagi seperti dulu , tak kemana kan ? Kalau Allah telah tertulis , pasti akan berlaku.


 Korang terima kasih sebab pernah berkenalan dengan aku 
Terima kasih sebab pernah ada saat aku jatuh dan bangun 
Terima kasih sebab telah banyak membantu  
Terima kasih sebab pernah melindungi 
Terima kasih sebab pernah menjadi rakan perkongsian 
Terima kasih untuk semua 
 TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN YANG PERNAH DICIPTA


Aku taktahu apalagi cerita atau kisah yang akan aku tuliskan selepas ini. Kerana kejadian yang pernah terjadi semua telah aku tuliskan. Selepas ini kejadian apalagi ? Kita takkan ada bersama lagi untuk seperti dulu.Mustahil seribu mustahil untuk kita ada saat peristiwa yang akan berlaku,kerana apa ? Kerana bidang kita berlainan dan pusat pengajian kita tak semua sama .Aku taktahu selepas ini aku akan dapat seseorang yang personaliti macamana.Aku yakin personalitinya takkan sama macam korang . Itulah dipanggil manusia . Aku mengharapkan satu hari nanti kita dapat berjumpa lagi dan ciptakan memori bersama.Selepas ini kita akan meneruskan hidup masing-masing sepertimana semua orang yang telah bekerja sekarang pernah melalui . Aku baru tahu apa maksud rindu yang       sebenar-benarnya.Korang nak kata korang tak ada perasaan rindu ? Mustahil. Setinggi-tinggi ego pasti akan mempunyai perasaan rindu . Tak kesahlah 0.01 sekalipun, pasti wujud dalam diri . 
Betul tak ?

 Tak ada perkataan yang boleh aku ucapkan  dan hanya mampu tersenyum bila nampak korang pergi secara perlahan-lahan di depan mata. Aku hanya mampu berdiam diri dan membiarkan korang pergi jauh dari aku walaupun hati aku berat untuk melepaskan tali yang tercipta lama dalam hidup aku. Aku takkan pernah membakar tali itu kerana aku ingin membiarkan kenangan sentiasa dikenang sampai bila-bila. 

Korang tahu kalau aku diciptakan untuk memegang masa, benda yang paling lama sekali aku nak pegang apa ?

Zaman bayi dan tahun 2014 . Zaman bayi kerana aku tak kenal apa itu erti dunia . Kalau tahun 2014 kerana aku kenal orang yang pernah mencipta Tali bersama aku .Aku tahu waktu itu , Allah hanya meminjamkan korang sementara untuk aku . Untuk membantu aku yang taktahu apa erti dosa dan pahala . Terima kasih sebab pernah mencipta 7 warna pelangi dalam kehidupan aku. Tak kesahlah pelangi itu warna apa sekalipun , sebab setiap warna itu penting untuk aku . Terima kasih pernah menjadi bulan dan matahari dalam hidup aku . Sanggup menyinari aku dalam kegelapan dan bantu aku berjalan di atas duri dalam keadaan malam.Terima kasih pernah menjadi Bumi kepada aku kerana sanggup memberi aku menumpang hidup dan berkongsi segalanya bersama .


 Apa yang aku tulis , inilah apa yang aku rasa sekarang. Kalau korang baca , aku nak korang tahu yang aku tidak mahu kita terputus hubungan sampai jenazah aku ditanam ke dalam tanah.
Aku nak korang ada pada masa akan datang ketika aku sakit tenat dan berada di hospital . Aku nak korang ada saat aku diusung ke kubur bila aku tiada nanti . Aku nak korang ada saat aku dimandikan dan dikafankan buat kali terakhir . Aku nak korang ada untuk hari terakhir aku hidup kerana itu hari terakhir  untuk aku  melihat korang depan mata dan hilang di depan mata secara perlahan-lahan .
Itulah benda yang terakhir aku harapkan apabila kita tidak dapat berjumpa lagi selepas ini. 
Aku sayang korang macamana Mak Ayah aku sayangkan aku . Aku sayang korang macamana aku sayang barang kesayangan aku . Aku sayang korang macamana aku sayang dunia kesenian aku ,
Terima kasih untuk 5 tahun , 3 tahun dan 2 tahun . Walaupun ada sesetengah itu aku rapat sekejap , aku nak korang tahu , aku bahagia rapat dengan korang dan terasa lama sangat sepertimana 5 tahun aku pernah rapat dengan yang lain.

Pesanan aku semoga korang sentiasa ingat kepada Allah , agama dan akhlak . Jagalah benda penting itu sampai hari terakhir korang di dunia. Aku doakan semoga korang mengecapi kebahagiaan sampai bila-bila. Terima kasih untuk semua. Aku memang akan merindui kejadian yang pernah terjadi .


SELAMAT TINGGAL HARI BERTUAH !






Post a Comment