twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





MOTIVASI DIRI



Lagi setahun, I will become 20. Woowww! sekejap dah membesar. Tak sangka rasanya masa selaju itu. Rasa macam baru semalam masuk tadika, sekolah rendah dan menengah. Mungkin tak lama lagi akan tamat diploma. Wish me luck guys that i may finish my diploma. Aminn Ya Rabb ! Aku kenal dengan ramai kawan baru dan alhamdulillah mereka ada saat aku susah dan senang. Mula-mula aku ingatkan nak rapat dengan kawan baru susah sebab masa bukan lama. You know, thank you very much being my friends and part of my family. Love you xoxo :) Dah hampir setahun kita kenal, dan di situ mengajar aku ' semakin kau dewasa, baru kau lihat sebuah kehidupan sebenar ' Yelah, apa tidaknya masa kecil dulu yang aku tahu hanya bermain,bermain dan bermain sehingga SPM. Kat situ masih belum nampak apa yang aku nak sebenarnya. Bila dah semakin keluar ke dunia sebenar baru aku rasa kehidupan selepas sekolah bukan satu perkara yang boleh dibuat main. It your Future ! Kau silap langkah ke gaung kau pergi, kau kena belajar benda baru yang dipanggil pengalaman. Biarlah dulu orang nak kata kau ni tiada masa depan yang cerah dan sekarang kau boleh buktikan kepada mereka, kata-kata mereka itu silap. Dorang bukan sesiapa yang boleh menentukan sama ada kau berjaya atau tidak. Yang penting Allah tahu isi hati kita.

Dalam hidup ini tak benda yang mustahilkan? Nak kecapi kejayaan yang cemerlang bukan senang yang disangka. Berusaha bermula dari jatuh sehingga bangun semula. Hidup ini diibaratkan seperti sebuah perjuangan dan perlumbaan. Semakin meningkat dewasa, pelbagai dugaan yang akan ditempuh dan sudah tentulah kejayaan itu terpulang pada kita sama ada mahu teruskan atau putus asa.

Seronok betul bila dapat tengok orang yang naik kereta besar, rumah besar dan aku tahu itu angan-angan sahaja kalau aku tiada usaha nak capai. Mana ada orang yang taknak semua itu. Menipu seratus kali, semestinya ada angan nak hidup senangkan ? Ekonomi negara pada masa akan datang, kita tak dapat nak tafsir apa bakal terjadi pada negara dan pada pekerjaan yang ada. Aku pegang pada sebuah kata ' Allah dah tulis rezeki kita, sama ada ia lambat mahupun cepat. Kau kena sabar dan mencari ' Kalau kau masih duduk landing di atas katil tak ada benda nak buat jangan tanya kenapa rezeki kau lambat sampai kayh !







Post a Comment