twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





Ketete sejenis leter






Assalamualaikum dan hai semua. Pagi tadi aku ada post pasal kembar. Seperti yang aku tulis sebelum ni yang aku akan tulis 2 'story' dalam masa sehari kan? Sebenarnya aku nak tulis pasal keseluruhan kisah kucing aku yang pernah mati/hilang dan dipos. Tetapi sayang seribu sayang, petang tadi kucing aku ada seekor yang mati. Kitorang panggil KETETE. Pemergian dia buat aku sedih dari mula-mula dia kena kejang hari jumaat malam sampailah dia tidak bernyawa petang tadi dalam jam 1645 pm (Isnin).


Waktu sihat

               Minggu lepas selepas pemergiaan kembar, dia seekor yang sihat dan kekal aktif walaupun badannya kecil tak seperti umurnya. Abang dan adik beradik dia yang lain semua sakit dulu. Masa sebelum dia sakit aku cakaplah "tak sangka antibodi Ketete paling kuat sekali sebab dia bertahan paling lama" Mestilah 'amazed' wehh. Badan kecil tapi daya tahan paling kuat. Dalam minggu tu jugak, dia jadi seekor yang sangat manja dan nak bergesel dengan orang. Kalau dulu, jarang-jarang tidur sekatil. Bukan jarang, tak pernah! Selalu dia akan tidur dekat sofa je. Bila teringat balik, betapa aku rindunya saat itu. Rindu dimana kemeriahan rumah setiap hari. Pada tarikh 11/07/19 (khamis), tanda-tanda dia dijangkiti demam virus tu sedikit kelihatan apabila kitorang mula perasan telinga dia berair dan dia asyik menggaru dibahagian itu. Kitorang cuci telinga dia wehh. Esok malam tu, bawak pergi veterinar kena ambil 'injection' sebab tanda-tanda teruk dia tu makin ketara. Dalam 12 jam macamtu, tahu-tahu badan dia dah mula kejang dan lumpuh. Masatu hampir nak give up jugak. Kalau badan kucing dah mula kejang ni, memang takkan lama hidup sebab aku pernah hadap kucing kejang ni. Punca sakit dia taktahu. Tapi tak lama lepastu memang go lah.





               Dipanjangkan menjadi pendek, selepas hari kejang tu rupanya dia boleh 'survive' dan tanda-tanda positif untuk hidup. Memang bersyukur jugak sebab dia boleh berjalan walaupun terhuyung-hayang sampailah... Sampailah pada hari ini 15/07/19 (Isnin) kali terakhir dapat lihat dia buat selama-lamanya.

               Aku dapat 'instinct' pagi tadi yang benda buruk bakal berlaku. Sebab apa? waktu aku suapkan bubur ke mulutnya, dia tidak telan dan mulutnya tertutup rapat. Tapi aku masih positif yang lambat-laun dia mesti telan makanan/ubat tu. Benda jadi teruk bila pukul 4 lebih waktu aku keluarkan dia dari dalam sangkar untuk bagi minum air. Selepas keluarkan tu, dia beriya nak masuk takung najis tu dulu untuk membuang air kecil tapi pelik tak keluar-keluar airnya. Tak lama lepastu dia kejang. Kejang yang teruk sampai tak boleh kawal. Benda ni berlaku depan mata aku dalam masa 5 min aku rasa, semuanya hilang begitu. Waktu dia kejang tulah air kencing mula mengalir tapi badannya dalam 50:50. Aku redha sungguh waktu tu. Tak boleh nak buat apa dah sebab aku yakin masatu ajal dia telah tiba. Rasa serba salah membelenggu diri sendiri tapi aku taknak menolak takdir. Aku percaya apa yang berlaku ni semua kehendak Allah. Biar dia pergi dari terus sakit menderita disebabkan penyakit ini. Tak sangka dalam masa 2 minggu macam-macam berlaku dan dalam masa 5 hari semuanya berubah selamanya. Sekor-sekor yang kitorang sayang pergi mendamaikan diri. Takpelah, mungkin ada hikmahnya dengan apa yang berlaku ni. Insyaallah. Amiinnn. Aku sayang kau Ketete, rindu nak cium pipi kau dan rindu nak bau busuk kau yang paling aku suka bau. Selamat tinggal Ketete/Leter/Tete.



                                         
                                                 Dalam kenangan 01/19-15/07/19







Post a Comment