twozeroonethree
Ibuperi malaya
refresh profile linkies instagram twitter



hi, seorang yang cringe dan sila tinggalkan pesanan/komen di bawah sebelum cabut. Thanks.





Ini kisah KEMBAR



Assalamualaikum dan hai semua. Memandangkan 2 minggu ni banyak kisah jadi dapatlah baca 2 story dalam 1 hari yang sama. Mula-mula aku akan story pasal kucing aku yang dipanggil kembar. why kembar? Kalau kita tahu kembar adalah muka yang seiras dan lahir pada hari yang sama right? Jadi dorang ni bukanlah lahir pada hari yg sama tapi rupa dan bulu hampir sama. Okay jap aku cari gambar dorang! Jumpaaa! dah boleh attach kat sini hehehe.


   
                                     
                                     Kembar 1                                 Kembar 2 


                Nak buat korang lagi faham aku tulis satu dengan dua tu. Dorang lahir bulan 01/2019. Tarikh aku tak ingatlah pulak. Jarak hari dorang cuma 3 hari. Sorang lahir hari sabtu, sorang lagi hari isnin. Nak dijadikan kisah, kembar 1 tu hilang tak lama lepastu. Taktahu kemana pergi sama ada jatuh dari rumah lepastu tak jumpa jalan balik atau entahlah. Puas cari merata tempat tak jumpa jugak. Kembar 2 pun pernah jatuh dari rumah. Mula-mula tu berserah gak selepas puas mencari tapi tak sangka malam hari kejadian tu dia reti balik. Sumpah masatu aku rasa nak menangis weh. Sebab 2 ekor (termasuk kucing lain) yang hilang, dia sorang je mampu survive. Aku dah cakap dengan ibu masa dua-dua tu ada, ada plan nak tukar nama. Susah jugak kalau panggil kembar, sebab nanti dua-dua perasan haha tapi bila seekor hilang nama tu melekat dekat kembar 2 sampailah 07/07/19 (Ahad) dia mati.



                Apa yang menariknya kembar 2 ni? Bagi aku dia seekor yang 'hyper cat'. Sebab apa? Dia ni penyeri kucing. Tanpa dia, adik-beradik dia akan kurang bermain/bergaduh etc. Dia ni pula betina tapi perangai serupa jantey. Boleh pulak bergayut dekat ampaian, memanjat sana sini. Dia ingat dia tu monyet? Haha dah kucing tu tetap kucinglah oiii. Dia ni manja tak boleh bawak bincang sebab dia suka bergesel dengan orang. Walaupun tidur pun suka atas perut hmm.

                Tapi suatu hari tu bersamaan 04/07/2019 (khamis petang) tiba-tiba dia jatuh sakit. Flu. Demam panas. Bulu dia mula kembang dan tak boleh adapt dengan makanan. Kitorang bagi air kelapa/ madu tetap demam tu tak rebah esoknya. Ada kala demam tu kurang tapi lama-lama rasa macam tak ada hasil. Kenapa tak bagi ubat? Sebab plan nak pergi klinik veterinar hari isnin tu. Iyalah sebab ini first time kucing kena demam sampai bulu kembang. Aku ada baca blog orang bagi pandol lah, ubat tu ini tapi aku tak berani nak buat experiment kat kucing sendiri. Kesian. Risau apa-apa jadi nanti aku terkilan dengan apa yang terjadi. Itulah. Tapi sudah terlambat untuk menunggu isnin, usia dia tak berpanjangan dia telah pergi pada hari ahad tengahari. Mula-mula ingatkan demam biasa, tapi bila demam tu berjangkit dekat kucing lain rupanya bulan ni memang musim kucing demam virus. Senang cerita demam virus yang kalau lambat 'treat' memang byebye. Ini apa yang doktor veterinar bagitahu bila kitorang jumpa dia.

               Aku sayang kembar ni. Kucing-kucing aku yang lain pun. Tapi kembar 2 paling terasa sebab saat-saat dia sakit, aku sentiasa jaga dia. Sampaikan mata dia bersinar/berair pun aku sempat tengok. Aku cuba tengah move on sekarang, korang doakan aku tau! Aku nak mengadu dengan membe-membe aku pasal dia ni tapi entahlah jawapan yang aku sentiasa dapat bila kucing aku mati;

                                                   "belilah kucing lain" what the fish???!!!

Benda ni bukan boleh 'heal' aku malah buat aku lagi sakit hati. Sensitiflah bod*. Kau tak bela kucing senang-senang je cakap cemtu. Kau tak rasa bila dia sebahagian dalam keluarga. Kau akan rasa kehilangan seperti manusia biasa. One day, bila kau jaga kau hadaplah apa yang aku rasa. Itu pasal aku lagi prefer blog dari yang lain. Sebab blog tak ada siapa tahu tapi aku puas melepaskan segalanya.

Haa kan aku dah masuk topik lain. So end of story, semoga kita jumpa kat sana ya kembar 1 & 2. Aku sayang korang berdua sampai bila-bila. Semoga satu hari nanti kalau diberi peluang kita berjumpa ya! aminn. Byeeee kembarrrr!


      


                                            Dalam kenangan 01/19 - 07/07/19
             




Post a Comment